welcome ! silakan~ (^^,)

sayya lagi ! XD

Hak Milik Perlis. Powered by Blogger.

Pages

Tag Cloud

Friday, January 13, 2017

been long time

It's been a hella long time since I wrote in this blog. Just felt the urge to write today. Just finished last paper for 3rd semester in USM. Gonna head for Perlis tomorrow morning. I'm going home with something bothering my mind.

Did I fall in love again?
Read more...
separador

Wednesday, March 14, 2012

Kisah Ini Kisah Misteri

di pagi yang hening, tanggal 13 Mac dua ribu dua blas, jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, penggera telefon bimbit ku berbunyi, menandakan sudah tiba masanya untuk ku bangun menunaikan suruhan-Nya, walaupun agak lewat sedikit. aku terjaga dari lena ku yang nyenyak. aku tersedar dari buaian mimpiku yang indah. mataku terbuka sedikit demi sedikit. walaupun diri ku ini masih lagi diselubungi NAFSU TIDUR yang begitu kuat, naaamun, aku kuatkan diri untuk bangun jua. aku cuba membuka mataku dengan lebih luas. tetapi gagal. biarlah walaupun terbuka hanya sedikit. cukup untuk melihat dunia di hening subuh. 

di bilik ku, terdapat katil dua tingkat dan tempat ku tidur adalah di katil bahagian bawah. aku bangun dari pembaringan ku dan duduk buat sementara waktu. aku merenung...dan memikir...lalu tertidur semula sambil duduk. air liur ku hampir meleleh ketika ku tertidur seketika itu. nasib ku baik kerana sempat menarik semula...ehem... baiklah. setelah tersedar dari tidur ku yang sambil duduk sebentar tadi, aku hendak bangun lalu *kaannggg ! kepala ku terhantuk dek besi katil di tingkat atas. aku terduduk semula. kepedihan yang dirasakan pada ketika itu ibarat sembelit sebulan tetapi di kepala (?). aku duduk semula buat seketika waktu, merenung...dan memikir...lalu ku tertidur. skali lagi ku terjaga ! kali ini ku benar-benar mahu bangun dari tidur ku. lalu aku bangun dari katil ku dengan berhati-hati dan kali ini, kepala ku tidak terhantuk. hati ku berbisik, "hahahaha kpala aku x trantuk ! padan muka hang besi !". aku sendiri tidak tahu mengapa ku berkata begitu.

setelah bangun, aku melihat jam telefon bimbit ku. jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 minit pagi. barulah aku sedar, "lama jugak proses nak bangkit pagi nie,". aku mencapai tuala yang ku sangkut di pintu bilik ku, lalu memulakan langkah ku ke bilik rehat (restroom). dalam erti kata lain, tandas. aku mengambil masa selama 10 minit untuk mandi pada pagi itu. setelah selesai pembersihan badan, aku berasa amat segar sekali ! kemudian aku kembali ke bilik ku untuk bersiap-siap dengan pakaian ku untuk membuat kerja disekeliling rumah pada hari itu. aku menyangkut tuala ku di pintu bilik seperti biasa lalu bergegas dengan pantas ke dapur untuk menjamu selera. tetapi aku terpaksa berpatah balik ke bilik ku kerana aku terlupa untuk menutup kipas dan lampu bilik. aku berasa begitu penat berulang alik. tetapi tidak mengapa, ini untuk kesihatan badan (?). apabila tiba di dapur, aku duduk di meja makan bersama-sama keluarga yang sedang menunggu aku untuk sama-sama menjamu selera. menu pada pagi itu ialah nasi lemak STB. sambal tomyam bilis. aku hanya menelan apa yang tersedia, dimulakan dengan bismillah...

setelah selesai menjamu selera, aku mencapai satu plastik hitam yang terletak berdekatan tangga yang kelihatan seperti sesuatu barang yang haram. tetappi sebenarnya hanyalah makanan itik. muehehehe....ehem2.. baiklah, berbalik kepada kisah ini, aku membawa plastik yang berisi makanan itik tersebut keluar rumah lalu ku memakai kasut dan bergegas kebelakang rumah untuk memberi makan kepada itik-itik ku sekalian. ketika ku sedang memberi makan, aku tersedar ! itik ku telah hilang ! aku mempunyai dua ekor itik. tetapi sekarang hanya tinggal satu sahaja ! aku tercari-cari.. aku mencari disekeliling kawasan kejadian, tetapi tidak dijumpai. aku mula gelisah. aku menyoal siasat si itik yang masih tertinggal di dalam kandangnya. tetapi beliau hanya mendiamkan diri. aku bergegas masuk semula ke rumah dan memaklumkan kepada ayahanda ku tentang kehilangan itik tersebut. ayahanda ku hanya berkata, "cobaan...,". aku masih lagi tidak berpuas hati. lalu ku keluar rumah semula untuk mencari itik tersebut tetapi tidak menemuinya. dari pagi hingga ke petang aku menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat. tetapi tidak berhasil menemui itik tersebut. aku pasrah. biarkan itik tersebut pergi dengan aman.

pada keesokan paginya, aku pergi semula ke kandang itik tersebut untuk menemani seekor lagi itik yang mungkin kesunyian setelah kehilangan seekor kawannya. apa yang memeranjatkan aku ialah, itik yang kehilangan kelmarin, muncul semula di dalam kandang tersebut ! aku terpinga-pingu dan terpinga-pingu lagi ! aku memulakan semula siasatan di kandang tersebut untuk mencari bagaimana itik tersebut boleh ada semula di dalam kandang tersebut. setelah disiasat, rupa-rupanya terdapat satu lubang pada pagar kandang tersebut di mana itik ku ini telah menggunakan lubang tersebut untuk fly.

akhirnya misteri kehilangan seekor itik telah pun dibongkar. itik tersebut hanya fly untuk mencari makan di luar..sahabat itiknya pula bersubahat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu sesiapa tentang kesalahan rakannya itu. jenayah seperti ini tidak sepatutnya diulang lagi. itik-itik ini akan dijatuhi hukuman gantung makanan selama sehari ataupun di 'tamatkan kehidupan'.....
Read more...
separador

Tuesday, February 7, 2012

we are RUHUL KIFFAH~!!!

~ASSALAMUALAIKUM~

 kpd saudara2 ku Batch Ruhul Kiffah..kita tetap bersatu !!

 bagi yg dapat ke PKP..alhamdulillah..
 jangan la lupa kami di Beseri yg permai ni..hehee
 kami kat sini sentiasa mengingati anda2 skalian

 jangan la lupa pahit manih kita bersama
 spanjang 3 tahun idop skali
 kalau2 ada salah silap yg diri ku ini lakukan..
 harap diampuni
 mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung lutut.. 


 yg dapat PKP, jangan la sedih nk pindah..
 nnt aku skali sedih..

 walau dimana anda brada..study la dengan penuh tekunnya
 walaupun berhijrah


 mana2 student yg dapat PKP..kalau aku ada hutang..
 halalkan la..
 dan bagi yang ada utang dengan aku..
 bayaq cepat !! 
 hehehe


 nasihat aku..bila dah sampai kt PKP hampa tu..
 mintak la borang pindah teruih (terus)..
 hehee
 kami sentiasa mengalu-alukan pengembalian anda ke sini
  anda semua tidak pernah terkeluar dari maktab ini
  cuma dipindahkan sebentar..
  nnt balik sini cepat2 !! XD

 tadi aku dengaq (dengar) satu lagu
 Kau Ilhamku tajuk dia
sambil2 dengaq tu..sampai dekat satu rangkap ni..
tringat kat batch Ruhul Kiffah
so..teruih ubah..
tapi ubah sikit ja la dekat ujung2 tu..hehee

~Kau lah Batchku~

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di Beseri ini
Kau lah..batchku
Kau lah..batchku


semoga kita sama2 peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..




~senyum selalu~
Read more...
separador

(: ! senyum selalu ! :)

ini sayya

My photo
Kpg Titi Besi, Arau, Perlis

Followers

HTML hit counter - Quick-counter.net

pokok jam?

renungkan diri

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Categories

 
 
Animated Spinning Kunai - Naruto