welcome ! silakan~ (^^,)

sayya lagi ! XD

Hak Milik Perlis. Powered by Blogger.

Pages

Tag Cloud

Friday, December 16, 2011

wang kalian,,Wang Kelian..

hari tu aku pi siam. atau lebih spesifik lagi wang kelian. sehari seblom pi wang kelian tu, abang aku sampai rumah aku. dia balik bercuti sat dengan KAK IPAR baru aku...!!! wooo...!!! goo kak reena..!!! X D better than kakak yang seblum nie la.. kak reena is a talkative person. even bila duduk seblah dia pun..fuuhh..memang x kering mulut la bcakap dengan dia. dia anak orang berada.. merata dia pi melancong. baru-baru nie dia baru pi switzerland (eja ikot dan ja nie). memang best aaa ada kakak gitu.

sooo..bebalik kepada benda yang utama tadi..dah lari jauh dari tajuk dah nie..hehe pasal wan kelian..diorang (abang n kakak) sampai waktu malam seblum pi wang kelian. sepatutnya sampai petang. tapi diorang makan kat kuala perlis dulu. ohh..hana sofia pun balik skali. hana nie anak abang aku dengan kakak yang dulu. she might be around..7 or 8 years old. x ingat dah. hehehe so bila diorang dah sampai malam tu..kami sefamily makan-makan skali..walaupun diorang dah makan kat kuala, tapi still makan jugak kat rumah. semua orang tidur awal malam tu sebab abah kata nak pi wang kelian kena awal. kalau x,,xdak parking. abang kata btolak pukul 8. abah plak kata, ''haish..kalau pi pukoi 8 jawab dia kena park dekat sebatu dari sempadan la...''. so abah kata semua btolak pukul 7. so semua tido awal..

esoknya aku terjaga sendri. ingatkan ada orang nak kejut. aku tengok jam baru pukul 6. "emm..awai lagi..sambung tidoq lagi la". aku pun letak kpala kat bantal balik. ; P then aku terjaga lagi. tapi tengok sekeliling gelap ja lagi. macam xdak orang bangun lagi. tengok-tengok jam dah pukul 6.55 pagi. aku pun macam,"aaa...awat kelam lagi nie. tadak orang bangkit lagi ka?? kata nak pi pukoi 7,". aku pun tido balik sebab pikir,,sat lagi mak aku datang kejut kot. so tertutup la balik mata nie... X D mimpi punya mimpi..bangun-bangun dah pukul 7.40 pagi. aku pun, "ayam betoi...dah pukoi 7.40..!! orang dah pi habih dah pa..suda dah..". aku cepat-cepat keluar bilik nak tengok diorang ada lagi ka dak. aku cari punya cari..tengok-tengok...aduu..semua muka baru bangun tido daa.. haiya..semua bangun lewat.. hahahaa

nak buat macam mana..dah semua letih. so kami pun btolak la pukul 8.15 pagi..sampai sana pukul 9.15 pagi. sepanjang pjalan tu aku pikir sorang-sorang.."kalau aku jumpa hantu siam macam mana aa..". hahaha memang dah boring sangat dalam kereta waktu tu. lama jugak aku pikir benda tu. tengok-tengok dah sampai.. : D bila sampai kami terus breakfast kat situ sebab x sempat nak breakfast kat rumah tadi. dah semua pakat-pakat bangun lewat. so kena cepat-cepat btolak jugak la walaupun agak lewat la..huhuu kami makan dekat satu kedai makan seblah thaillnd nie. kedai yang first kami jumpa. aku pun semangat nak makan kat situ sebab tengok ayam goreng dia...perghh...meleleh air liur.... (*,*) harga pun murah. kami semua makan skali kat kedai tu.

dah kenyang makan..kami pun sambung la bjalan.. aku tau wang kelian nie bukannya sikit gerai-gerai dia. aku tengok...nuuuu...menyayup gerai dia...nampak kecik ja kat ujung jalan. nampak jauh sangat. kami jalan ja la. tengah-tengah jalan, abang n kakak singgah satu gerai. diorang nak beli apa ntah. aku, mak, dengan abah terus ja jalan. x tunggu diorang pun sebab kami x mau beli-beli sangat. dah slalu datang wang kelian. abang n kakak nak beli macam-macam sebab jarang balik sini. so kami jalan kami ja. jalan punya jalan sampai la satu gerai jual makanan.. ntah apa jenis makanan tatau la. bentuk macam fishball. kena goreng. tuan gerai tu bagi orang rasa 'fishball'. ayah aku x ambik sebab dia ragu-ragu halal ka dak. aku tengok ok ja. aku yakin so boleh la makan. kalau ragu-ragu atau syubhah x boleh makan. aku pun try la satu. sumbat ja dalam mulut. kunyah punya kunyah...errkk.."pedaih gila kot..". aku cakap dalam hati ja la. : P tengah-tengah aku kunyah tu..ada sorang budak nie dok usha aku ja..ngeri aku. hehee ingat nak luah balik. tapi dah orang ramai,,so tutup idung..telan ja la.. hahaha

lepas tu kami jalan punya jalan punya jalan punya jalan..sam...pai la ke ujung..jauh gila.. tapi sronok jugak jalan sebab waktu pi jalan dia menurun. so..rilek ja.. : ) tapi bila abah ajak patah balik, aku pun teringat, "ya Allah..jalan menaik..!". hehee tpaksa la jalan jugak..letih... dah la matahari tepat kat depan mata. huhu kami jalan sampai la kat sempadan. abah pun dah beli macam-macam spanjang jalan. so kami pun jalan la keluar sempadan siam. ok ja lepas sempadan tu. tapi yang takutnya sempadan seblah perlis nie. takut dia tahan x kasi bawak keluar apa-apa barang. abah suruh aku jalan depan skali. aku pun jalan la slow-slow. tapi bila sampai dekat sempadan..aku pun..zuuusshhh...dengan cepat skali bjalan..hehehe nasib bek lepas. X D

so bila semua dah ada dekat kereta..kami pun btolak balik.. on the way nak balik tu terjumpa pasar melayu.. abah pun apa lagi.."singgah sini sat". kami pun ikut ja la. pasar tu x la luas sangat. tapi barang-barang yang ada semua nak dekat-dekat sama macam seblah siam. tapi ada la barang yang xdak kat seblah siam tapi ada kat seblah sini. bjalan kat situ x lama mana pun sebab pasar tu x besar. so bila dah abih bjalan..kami pun balik..

sampai kat satu tempat nie..nama dia dataran terinai, abah ajak makan kat situ. kami pun berenti kat situ. mula-mula ingatkan tempat tu tadak kedai makan sebab tengok sunyi ja. tapi tengok ada kreta parking kat situ, so kami try la cari kedai makan. cari punya cari..jumpa la satu kedai makan. satu dia ja bukak. syukur la..dapat jugak lunch. perut pun tengah lapar gila. aku x pikir apa dah. ambik ja nasi. abang aku tanya tuan kedai tu. "kak, awat kedai-kedai kot nie x bukak?". kak tu kata, "depa semua bukak petang dik,". patut la dia sorang ja yang bukak. tapi aku rasa macam special la kedai tu. tapi x tau sebab apa. aku pun buat tatau ja la. ambik2 nasi, lauk, lepas tu duduk kat meja makan. meja tu mengadap tasoh. fuuhh...memang feeling gila waktu makan. hehehe sambil-sambil makan tu aku tengok la skeliling..alih-alih seblah kedai tu, aku pun terbrenti makan. jadi macam,"aaa....aaa...". tersentak sikit. teruja tengok signboard kedai tu. baru aku tau sebab apa aku rasa kedai nie macam special..rupa-rupanya..kedai tu nama dia..

RESTORAN NZN !!!!!!

aku pun brenti sat makan sebab tringat la kat sorang nie...hik hik hik
macam mana aku boleh tringat..? sebab ada NZN tu.. NZN = Nor Zaimin Nadhirah..!! hehee "terbaeekk la nama kedai akak..!!". (^^,) laen kali aku nak makan kat situ lagi la. huhuhuu puas sangat makan waktu tu. bila btolak balik pun x lupa lagi pasal kedai tu. hehehe
Read more...
separador

Friday, December 9, 2011

ok la..

ok la...itu ja yang dapat gambarkan pasar malam hari ni. member2 pun x jumpa. ada la jumpa satu dua orang ja. tapi yang bestnya..kuaeh abih ! hehehe dadih pun tinggal lagi 6 cawan ja. ok la tu. hari ni pun orang ramai. awal2 bukak tadi pun kelam kabut. memang betul2 ramai orang hari ni. tu yang syok tu..!! X D
Read more...
separador

jom cari rezeki ! : )

ptg nie dh nk niaga balik. barang2 smua dah ready. tinggal dua tiga jenis kuih lagi yang x pototng. orang semua kelam kabut. aku ni sempat lagi ngadap laptop. hehehe lepas sembahyang jumaat tadi abang aku datang rumah. datang makan nasi. nasib baik la masak lebih. datang dengan mengejut la katakan.. bila abang datang, mak pun kalut masak lauk lebih. aku pun membantu jugak... : P abang yang datang tu ialah abang Hakim ! doktor kat klinik gigi kat cmart tu. well..klinik tu memang klinik dia pun. kitorang makan2 sambil sembang2. tapi aku la yang paling diam. kalu orang tanya soalan pun, aku jawab gitu2 ja. 'emm..', 'ya..', 'haa..', 'dok aih..', dan sebagainya. X D lepas2 makan orang semua mula kalut ready2 barang.

kemarin aku buat dadih. dadih spesel oo..rugi kalau x makan..hehee mak yang ajar buat dadih tu. bukan senang wooo...(padahal dah siap semua bahan dalam satu pack dadih segera tu) ; P tapi aku meluat sikit nak buat dadih ni sebab complicated cara2 dia. orang utara kata renyah nak buat. tu yang meluat sikit. tapi dah nak cari rezeki punya pasal.. harap2 sat lagi habih la dadih aku ni. baru la berbaloi sikit titik peluh ni. : D harap2 jugak dapat jumpa lagi member2 kat pasar malam sat lagi. tu la sebab aku ikut niaga skali ngan mak. dapat jumpa member2.

"adik..!!!! mai cepat...!!! nak p dah ni...!!!!!! lekaih..!!!". laungan dah berkumandang. menandakan masuknya waktu untuk berniaga. hahaha 
haiyalalfalah ! 
Read more...
separador

Saturday, December 3, 2011

apa itu pelanggan?

tadi tengah tengok tv..tiba2 tringat pasal niaga kmarin. macam2 jenih pelanggan aku jumpa n macam2 cara depa nak membeli. yang aku ingat ada 6 situasi yang jadi kmarin (P : Pelanggan, A : Aku)

SITUASI 1
P : aaa...dik kueh ni jual macam mana?
A : 3 singgit bang
P : ok..bagi 2 hinggit

SITUASI 2
P : aaa..dik ni kueh apa?
A : ini tepung talam pandan kak
P : oo...bagi karipap 2 hinggit

SITUASI 3
P : ni jual macam mana dik?
A : 3 singgit bang
P : oo..(sambil jalan pegi tempat laen)

SITUASI 4
P : aaa....dik
A : yaa..
P : (terus blah)

SITUASI 5
P : aaa...yang ni brapa dik?
A : 3 singgit bang
P : aaa..ini kueh apa dik?
A : ini ghasidah bang
P : yang ini?
A : ini pulut skaya bang
P : oo..yang ini kueh apa dik?
A : ini coq badak bang
P : ooo ni badak..bagi lupih 3 hinggit

SITUASI TAMBAHAN
P : aaa....dik..
A : ya bang. nak kueh apa? macam2 ada ni bang. yang ini ghasidah. ini lupih. ni talam gula merah. yang nie pandan. lagi satu ni boq asyura. hok ni coq badak. nak yang mana bang? 3 sringgit.
P : nak tukaq duit seploh2 lima ploh ad dak dik?
A : =_=" ada2 bang. sat..
Read more...
separador

Friday, December 2, 2011

letih..

ok..nak tulis pun dah x lahat.. baru lepas niaga tadi. bila niaga ni, baru nampak dunia luar sikit. kalu x, asyik2 perap kat rumah ja. orang kata macam anak dara. bila niaga ni yang best dia..bleh jumpa ramai member2 lama n baru. tadi jumpa ikmal zaihidi atau bundle dengan paie (nyok). sembang2 kejap, lepas tu sambung urus benda2 niaga. x lama lepas tu jumpa cikgu skolah rendah dulu. nama dah lupa. sori cikgu ! tapi yang ingat dia ajaq math. ramai lagi la yang jumpa. n tadi jumpa syairah (still ketot cam dulu) hehehe

dia kata ada reunion. tatau la...dah keja ni susah. n the best thing is..'SOMEBODY' tu dah mesej aku...!!!! ya aula...gumbira gila tadi...lega hati...tapi apsal rasa macam salah aku jugak. xpa la. asalkan dapat mesej dia. rindu dia !!! : )
Read more...
separador

Thursday, December 1, 2011

one more thing,,

satu benda lagi terlupa nak cakap.

SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA ! X-D
Read more...
separador

gelisah?

haaahhhh...penat la keja nie...tapi xpa la. tolong abang punya pasal. malam nie rasa nak tidoq awai sebab letih semacam. badan pun rasa sakit2. tapi nak tidoq pun x senang ati.. apasal 'somebody' tu x nak balas mesej aku..!!??! apa yang aku dah buat...?!! ya Allah...apa la salah aku kat dia ya Allah.. Kau tunjuk la pada ku apa salah aku ya Allah.. mesej x balas. post kat wall fb pun buat x heran. susah hati aku. risau la... kalau dia marah sampai bial lagi celaru.. baru tadi ada member kata reunion cancel ari ahad ni. kata nak buat laki2, prempuan2. aku rasa pelik aa...mesti ada yang x kena ni.. makin risau la aku. kena siasat jugak ni..

apa yang x kena? apa yang aku dah buat? apa salah aku? what?! what...??!!! huuhhh..la ni kena tenang dulu. kena pikir cara macam mana nak tau sebab yang sebetol-betolnya. kalau ada sapa2 yang tau..plisss...!!! habaq mai kat cek sat...! pertolongan anda amat dihargai. thank you !
Read more...
separador

hai disember !

sedar2 dah bulan 12. dah abih pun bulan 11. result pmr pun makin dekat. takutnya ! mintak2 la dapat 8A. insyaAllah...amin... apa2 pun keputusan...aku trima ja la. benda dah buat dah. hari ni lambat skit bukak blog sebab tengok movie kat laptop. Twilight Breaking Dawn ! best sgt ! ingatkan xdak lagi dalam tenet. search2 jumpa. link dia nnt aku bagi. semua movie ada kcuali movie melayu. kalau movie melayu kena cari dalam youtube la. nanti aku try cari. apa2 pun..Happy Disember!!: D
Read more...
separador

(: ! senyum selalu ! :)

ini sayya

My photo
Kpg Titi Besi, Arau, Perlis

Followers

HTML hit counter - Quick-counter.net

pokok jam?

renungkan diri

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Categories

 
 
Animated Spinning Kunai - Naruto