di pagi yang hening, tanggal 13 Mac dua ribu dua blas, jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, penggera telefon bimbit ku berbunyi, menandakan sudah tiba masanya untuk ku bangun menunaikan suruhan-Nya, walaupun agak lewat sedikit. aku terjaga dari lena ku yang nyenyak. aku tersedar dari buaian mimpiku yang indah. mataku terbuka sedikit demi sedikit. walaupun diri ku ini masih lagi diselubungi NAFSU TIDUR yang begitu kuat, naaamun, aku kuatkan diri untuk bangun jua. aku cuba membuka mataku dengan lebih luas. tetapi gagal. biarlah walaupun terbuka hanya sedikit. cukup untuk melihat dunia di hening subuh.
di bilik ku, terdapat katil dua tingkat dan tempat ku tidur adalah di katil bahagian bawah. aku bangun dari pembaringan ku dan duduk buat sementara waktu. aku merenung...dan memikir...lalu tertidur semula sambil duduk. air liur ku hampir meleleh ketika ku tertidur seketika itu. nasib ku baik kerana sempat menarik semula...ehem... baiklah. setelah tersedar dari tidur ku yang sambil duduk sebentar tadi, aku hendak bangun lalu *kaannggg ! kepala ku terhantuk dek besi katil di tingkat atas. aku terduduk semula. kepedihan yang dirasakan pada ketika itu ibarat sembelit sebulan tetapi di kepala (?). aku duduk semula buat seketika waktu, merenung...dan memikir...lalu ku tertidur. skali lagi ku terjaga ! kali ini ku benar-benar mahu bangun dari tidur ku. lalu aku bangun dari katil ku dengan berhati-hati dan kali ini, kepala ku tidak terhantuk. hati ku berbisik, "hahahaha kpala aku x trantuk ! padan muka hang besi !". aku sendiri tidak tahu mengapa ku berkata begitu.
setelah bangun, aku melihat jam telefon bimbit ku. jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 minit pagi. barulah aku sedar, "lama jugak proses nak bangkit pagi nie,". aku mencapai tuala yang ku sangkut di pintu bilik ku, lalu memulakan langkah ku ke bilik rehat (restroom). dalam erti kata lain, tandas. aku mengambil masa selama 10 minit untuk mandi pada pagi itu. setelah selesai pembersihan badan, aku berasa amat segar sekali ! kemudian aku kembali ke bilik ku untuk bersiap-siap dengan pakaian ku untuk membuat kerja disekeliling rumah pada hari itu. aku menyangkut tuala ku di pintu bilik seperti biasa lalu bergegas dengan pantas ke dapur untuk menjamu selera. tetapi aku terpaksa berpatah balik ke bilik ku kerana aku terlupa untuk menutup kipas dan lampu bilik. aku berasa begitu penat berulang alik. tetapi tidak mengapa, ini untuk kesihatan badan (?). apabila tiba di dapur, aku duduk di meja makan bersama-sama keluarga yang sedang menunggu aku untuk sama-sama menjamu selera. menu pada pagi itu ialah nasi lemak STB. sambal tomyam bilis. aku hanya menelan apa yang tersedia, dimulakan dengan bismillah...
setelah selesai menjamu selera, aku mencapai satu plastik hitam yang terletak berdekatan tangga yang kelihatan seperti sesuatu barang yang haram. tetappi sebenarnya hanyalah makanan itik. muehehehe....ehem2.. baiklah, berbalik kepada kisah ini, aku membawa plastik yang berisi makanan itik tersebut keluar rumah lalu ku memakai kasut dan bergegas kebelakang rumah untuk memberi makan kepada itik-itik ku sekalian. ketika ku sedang memberi makan, aku tersedar ! itik ku telah hilang ! aku mempunyai dua ekor itik. tetapi sekarang hanya tinggal satu sahaja ! aku tercari-cari.. aku mencari disekeliling kawasan kejadian, tetapi tidak dijumpai. aku mula gelisah. aku menyoal siasat si itik yang masih tertinggal di dalam kandangnya. tetapi beliau hanya mendiamkan diri. aku bergegas masuk semula ke rumah dan memaklumkan kepada ayahanda ku tentang kehilangan itik tersebut. ayahanda ku hanya berkata, "cobaan...,". aku masih lagi tidak berpuas hati. lalu ku keluar rumah semula untuk mencari itik tersebut tetapi tidak menemuinya. dari pagi hingga ke petang aku menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat. tetapi tidak berhasil menemui itik tersebut. aku pasrah. biarkan itik tersebut pergi dengan aman.
pada keesokan paginya, aku pergi semula ke kandang itik tersebut untuk menemani seekor lagi itik yang mungkin kesunyian setelah kehilangan seekor kawannya. apa yang memeranjatkan aku ialah, itik yang kehilangan kelmarin, muncul semula di dalam kandang tersebut ! aku terpinga-pingu dan terpinga-pingu lagi ! aku memulakan semula siasatan di kandang tersebut untuk mencari bagaimana itik tersebut boleh ada semula di dalam kandang tersebut. setelah disiasat, rupa-rupanya terdapat satu lubang pada pagar kandang tersebut di mana itik ku ini telah menggunakan lubang tersebut untuk fly.
akhirnya misteri kehilangan seekor itik telah pun dibongkar. itik tersebut hanya fly untuk mencari makan di luar..sahabat itiknya pula bersubahat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu sesiapa tentang kesalahan rakannya itu. jenayah seperti ini tidak sepatutnya diulang lagi. itik-itik ini akan dijatuhi hukuman gantung makanan selama sehari ataupun di 'tamatkan kehidupan'.....










~senyum selalu~






